BILA BERDIET TIDAK BOLEH MAKAN KFC KE ?

salam semua

Betul ke kalau nak berdiet tak boleh makan KFC ?

Ok , dah lama tidak bercerita mengenai makan - makan dan  apa yang suka dimakan oleh orang - orang zaman sekarang ini . Salah satunya adalah KFC , makanan segera yang sentiasa mendapat tempat di hati semua orang .

Siapa suka ?? sila angkat tangan ! ahaaaaaa tipulah kalau ada yang kata tidak suka kan :)

Saya dan keluarga saya sendiri suka makan fast food ini dan saya tidak pernah lupa untuk membawa anak-anak untuk menikmati hidangan fast food ini sebulan sekali , sekurang2nya ...

Siapa yang tak suka KFC?  Dengan ayam goreng hot and spicy, cheesy wedges memang cukup dah untuk buat kita telan air liur. Memang finger lickin’ goodlah . Lagipon KFC antara fast food yang termurah berbanding McD & Pizza Hut. ( mengikut kajian lah )
Ramai yang ‘boikot’ KFC semasa berdiet. Ye ke ? Kononnya bila tengah berdiet KFC tidak boleh makan , selalu juga saya dengar . Sebenarnya ada cara untuk makan KFC dengan cara yang lebih sihat. Untuk yang tengah berdiet seperti saya jom saya kongsikan tips yang menarik ini dari laman penpatah.com


  • Pilih Bahagian Dada 
Bahagian dada ayam adalah yang paling kurang lemak dan paling tinggi protein. Malah kalori  juga lebih rendah berbanding bahagian yang lain. Bahagian yang paling tinggi lemak dan kalori ialah Thigh. Bukan drumstick, tapi yang lebih dekat dengan bontot ayam tu.
  • Buang kulit dan kerak tepung
Kulit dan kerak  mengandungi kandungan lemak & minyak yang sangat tinggi. Tinggi lemak itu maksudnya tinggi kalori. Seketul drumstik  goreng berserta kulit/kerak tepung mengandungi 10g lemak (179kcal) – kandungan lemak lebih kurang satu sudu besar minyak masak, manakala seketul betis ayam goreng tanpa kulit/kerak tepung mengandungi 4g lemak (92kcal). Tengok, modified sikit je ayam KFC dah boleh kurangkan 87kcal!
  • Pilih perisa 'spicy' , bukannya 'original'
Kenapa kena pilih  spicy tapi bukannya original? Sebabnya mudah, makanan yang berempah ni boleh meningkatkan metabolism, dan tinggi metabolism maksudnya kita boleh ‘bakar’ kalori lagi cepat compare dengan biasa, lepas tu dapat bantu mereka yang ‘terlebih berat’ untuk turun berat badan dengan pantas.
  • Bawa air masak /mineral
Kalu ditanya Pepsi? Mirinda? 7 up? Cakap tak nak! Dahla harga mahal , minuman bergas langsung tidak menyihatkan. 1 cawan Pepsi yang  di KFC hanya mengandungi kira-kira 7 sudu teh gula berserta beberapa mol gas karbonat dan sedikit perasa. Berbaloi ke bayar RM1.80 untuk 7 sudu teh gula, padahal sekampit gula 1kg, baru RM1.60? 
  • Elakkan 'french fries' atau 'wedges'

Letak sebatang fries atau wedges di celah lipatan sehelai tisu dan picit. Cuba tengok minyak yang melekat lekat kat tisu tu. Sebatang dua adalah OKAY, tapi  mampu ke nak  makan sebatang dua je, padahal dah bayar lebih kurang RM3 untuk cheesy wedges? Senang tak payah nak add on cheesy wedges or fries. JIMAT! 
  • Lap minyak yang berlebihan
Lepas buang kulit ayam dan kerak , anda mesti perasan silaun-silau minyak kat  isi ayam tu. Lap minyak-minyak tu dengan tisu KFC bagi. Kalau tak cukup boleh mintak kat kaunter.  Anda sudah boleh kurangkan  beberapa puluh kalori kalau ikut teknik lap lap minyak ni.
Jadi siapa cakap kalau nak kuruskan badan kita kena ‘haramkan’ KFC ?  ahhaha tidak sama sekali ..
Basically, tip-tip yang diatas itu untuk kurangkan pengambilan kalori sahaja , terutamanya kalori dari minyak dan gula. Walau bagaimanapun suka saya nasihatkan disini untuk mengurangkan pengambilan makanan segera ini . Sesekali untuk menikmatinya tidak menjadi masalah . Semuanya terletak ditangan anda , anda sendiri boleh menilainya.

Jadi bagaimana Herbalife dapat membantu anda untuk terus menikmati KFC disamping menjaga kesihatan ? Ya , dengan Herbalife anda masih boleh menikmatinya dengan tidak meninggalkan shake Herbalife . 

Hubungi saya untuk mengetahui bagaimana cara dan lantik saya menjadi Coach Herbalife anda di ieda0106@yahoo.com sms 017 9735306 whatsapp/telegram . Saya yakin dapat membantu anda !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...