LANGKAH UNTUK MENDAPATKAN KESAN TURUN BERAT BADAN TERBAIK TERHADAP DIRI SAYA

Salam semua

Langkah untuk mendapatkan kesan turun berat badan terbaik menggunakan Herbalife terhadap diri saya 


Alhamdulillah , hari ini dah masuk 20 ramadhan , sedar atau pun tidak hanya tinggal seminggu lebih sahaja lagi kita akan meninggalkan bulan penuh barakah ini . Apakah persiapan anda ? Bagi yang sedang menjalani ibadah puasa dengan nutrisi Herbalife yang sihat ini , syabas saya ucapkan ! .. anda telah berjaya merubah sebahagian dari tabiat dan pemakanan anda kearah yang lebih sihat .. ia satu cabaran sebenarnya .

Bagi saya , syukur kerana allah masih melimpahkan rahmat dan kesihatan yang memang saya harapkan di bulan mulia ini . Menjalani ibadah dengan sangat selesa , tanpa merasa kesan dan beban terhadap diri saya . Keselesaan ini saya perolehi sejak saya mengenali Herbalife itu sendiri . Ternyata kesan turun berat badan menggunakan Herbalife terhadap diri saya benar - benar membuatkan saya sedar bahawa saya tidak salah memilih produk .


Dulu , sewaktu mula2 untuk menggunakan produk ini saya banyak berkira-kira didalam hati , saya tertanya-tanya adakah pelaburan yang bakal saya buat ini memberikan hasil yang saya inginkan . Yelah , saya bukan lah seorang yang bergaji besar , saya hanya memperolehi pendapatan yang sederhana sahaja , sama sahaja dengan kebanyakan mereka - mereka diluar sana . Saya sedar , bila pertama kali mendengar harga Herbalife yang dikatakan mahal , membuatkan saya risau . 


Mampukah saya bertahan bila saya mula menggunakan produk ini ? Apakah kesan turun berat badan menggunakan Herbalife yang akan saya perolehi bila saya mengambilnya nanti ? Semua ini memang sentiasa bermain di fikiran saya . Oleh kerana saya tidak pernah mencuba mana-mana produk kurus atau ubat untuk turun berat badan sebelum ini , maka membuatkan saya yakin dengan produk nutrisi sihat ini .

Jadi saya mulakan
  • kesan Herbalife # langkah pertama saya 

Mengenali produk - saya mula mengenali produk melalui teman sepejabat saya . Ia hanya mengambil masa selama tidak sampai 3 bulan untuk menyakinkan saya mengenai produk

Mendaftar ahli - setelah mengenali beliau dan melihat kejayaan beliau , saya yakin dan mendaftar ahli melalui teman sepejabat saya dan melantik beliau menjadi Coach Herbalife dan saya mendapat potongan sebanyak 25% produk Herbalife .

Mendapatkan produk - saya berbincang dengan beliau produk yang sesuai buat saya dan seterusnya menerima produk dari Coach Herbalife saya diwaktu itu , kerana saya masih tidak tahu bagaimana untuk membuat tempahan produk melalui online , saya beberapa kali membeli produk melaluinya . Dalam masa yang sama saya mula mempelajari darinya cara untuk saya membuat tempahan produk saya melalui online sahaja . Ternyata ia mudah !
  • kesan Herbalife # langkah kedua saya

Rujuk Coach - sejak mula menerima produk , saya telah mula merujuk Coach saya bagaimana cara penggunaan produk , apa yang perlu saya lakukan dan bagaimana cara untuk saya berdiet dengan produk Herbalife ini.

Disiplin dengan produk - saya sedar dengan pelaburan yang saya lakukan ini tidak akan menampakkan kesan dengan menggunakan Herbalife itu sendiri kepada saya sekiranya saya tidak serius . Saya sentiasa bertanya dengan Coach saya , saya perlu percaya dengannya kerana saya telahpun melantik beliau menjadi Coach saya . Setiap persoalan saya mengenai kesan , tindak balas , apa sahaja yang berkaitan diet Herbalife ini saya akan bertanya kepadanya dan paling penting saya mula belajar disiplin didalam memilih makanan saya dan menggunakan produk .
  • kesan Herbalife # langkah ketiga saya 

Mendapatkan produk dengan sendiri - setelah beberapa kali saya menggunakan produk dan membeli dengan Coach saya , saya semakin paham dan pandai untuk membuat tempahan secara online . Saya mula cuba membuat tempahan sendiri melalui online seperti yang telah diajar oleh Coach saya .  

Perkenalkan produk - ye , saya mula memperkenalkan produk ini kepada ahli keluarga saya , teman - teman dan kenalan saya , alhamdulillah saya mula menyukai produk ini . Ternyata nutrisi sihat herbalife ini telah membuka mata saya betapa pentingnya kita menjaga kesihatan .  Ia mengajar saya yang selama ini saya tidak sedar , apa yang selama ini saya makan mampu "membunuh" saya . Dan yang paling saya suka adalah dengan produk Herbalife ini secara tidak langsung telah berjaya menjana pendapatan kepada saya . 



Dan alhamdulillah , setelah menggunakan produk secara berterusan saya telah berjaya turunkan berat  sebanyak 24 kg . Banyak kesan turun berat badan menggunakan Herbalife yang saya perolehi dan semuanya ini membuatkan saya sedar , saya tidak perlu meninggalkan nutrisi sihat ini . Saya perlu menjaga kesihatan saya dengan lebih baik , menjadi manusia yang setiasa berfikiran positif . 

Kini sudah 4 tahun saya menggunakan produk Herbalife ini samaada untuk turunkan lagi berat badan saya mahupun mengekalkan kesihatan tubuh badan saya . Syukur juga kerana sekarang hampir keseluruhan ahli keluarga saya menggunakan produk Herbalife ini . Dan tahun ini merupakan tahun bermakna bagi saya kerana saya telah memilih Herbalife ini sebagai kerjaya sepenuh masa saya . 


saya yakin saya dapat membantu anda !

email ke ieda0106@yahoo.com ]] Call/Sms/Whatsapp
 017 9735306 (Digi)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...