KESAN MAKANAN INI TERHADAP SAYA DAN SUAMI

Salam semua

Kesan Herbalife ini terhadap saya dan suami sangat tidak di duga

Alhamdulillah , sudah hampir 5 tahun saya menggunakan produk Herbalife , syukur kerana saya merasa sangat puas dan bangga dengan apa yg saya alami sekarang . Ternyata perubahan yang kami alami memberikan kesan dan impak yang sangat baik terutama sekali kesan Herbalife terhadap saya dan suami .
saya dan suami 5 tahun dahulu

Sejak dari awal saya menggunakan produk , saya telah bertekad untuk meletakkan sepenuh keyakinan saya kepada produk Herbalife , setelah saya membuat sedikit kajian dan melihat sendiri testimoni - testimoni Herbalife , saya yakin Herbalife adalah makanan kesihatan yang saya perlukan untuk bantu saya didalam proses penurunan berat badan . Dulu mungkin suami saya tidak menyedari malah tidak mengambil peduli dengan keputusan saya untuk menggunakan produk Herbalife , namun dia tidak pernah melarang saya menggunakan produk ini kerana sentiasa memberikan sokongan kepada saya diatas keputusan saya .
Syukur alhamdulillah , kini saya sangat gembira setelah 4 tahun saya menggunakan produk dan berjaya membuka mata suami untuk percaya bahawa Herbalife adalah makanan sihat yang sangat luar biasa dengan memberikan kesan yang tidak pernah saya jangkakan selama ini . Sehinggalah pada awal tahun ke 5 saya menggunakan produk , suami juga tergerak hati untuk bersama menggunakan produk Herbalife ini atas usaha untuk naik berat badan  . Saya sangat bersyukur kerana tanpa dipaksa , dia kini menjadi pengguna tegar hampir kesemua produk Herbalife .

Kalau dulu ramai yang bertanya saya apakah kesan Herbalife terhadap saya dan suami sehingga merubah penampilan kami kini . Syukur lah , tersenyum lebar saya jika dibandingkan kami 5 tahun dahulu sangatlah ketara dengan keadaan kami sekarang .


 suami naik berat badan dan saya turun berat badan sebanyak 24kg
* kesan adalah tidak tipikal , hasil setiap indvidu mungkin berbeza - beza

Suami yang semakin berisi dengan saya yang sudah mendapat kembali bentuk badan sebelum saya berkawin dahulu . Semua ini adalah kesan Herbalife terhadap keputusan yang telah kami sama-sama lakukan , memang luar biasa !.

Bonusnya :

 sihat , ceria dan langsing bergaya !

Apa yang dapat saya rasakan sekarang adalah terasa muda dan sentiasa ceria  , terutama sekali bila badan semakin sihat pastinya mudah bagi saya untuk menguruskan rumahtangga .  Lebih menyeronokkan saya bila ada yang menegur tidak percaya dengan usia saya sekarang . Hakikatnya inilah kesan Herbalife yang saya dan suami alami , kalau dulu suami selalu digelar dengan gelaran abas panjang kerana ketinggiannya kini tidak lagi . Wajah semakin berisi dan ceria .

Sekarang suami sentiasa memberikan dorongan kepada saya untuk meneruskan misi saya untuk membantu lebih ramai lagi orang diluar sana untuk sihat seperti kami sekeluarga .  Syukur sangat dengan sokongan yang dia berikan kini  . 


Kesimpulannya disini , setiap usaha pasti ada kejayaan manis yang akan anda alami , usaha berterusan yang anda berikan sangatlah penting untuk memberikan kesan yang anda inginkan , bukan orang lain . Paling penting setiasalah bersikap optimistik dan jangan sesekali mengalah dan sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat anda .

Ternyata produk Herbalife bukan hanya untuk mereka yang ingin turunkan berat badan , malah kepada mereka yang ingin naik dan kekalkan kesihatan badan . Lantiklah Coach Herbalife yang berpengalaman seperti saya untuk membantu anda mendapatkan kesan yang anda inginkan .

Hubungi saya sekarang kerana saya yakin dapat membantu anda 


whatsapp 017 9735306 ]] wechat  iedaimmi




BOLEHKAH HILANGKAN BUNCIT PERUT DENGAN DIET HERBALIFE ?

Salam semua

Bolehkah hilangkan buncit perut dengan Diet Herbalife ?


Persoalan yang sering saya terima sejak akhir-akhir ini . Soalan ini sangat mudah untuk saya jawab , iaitu saya tidak mempunyai jawapan pasti adakah ia berhasil kepada diri anda atau tidak , kerana kesan Herbalife terhadap setiap individu itu tidak akan sama .

Dulu saya juga mempunyai masalah begini , masalah buncit di perut terutama selepas kelahiran anak pertama seterusnya anak ketiga . Tetapi sewaktu itu saya merasa sudah selesa dan tidak pernah terfikir untuk merubahnya . Yelah ketika itu saya sibuk menguruskan anak-anak yg masih kecil , sehinggalah saya sedar dan merasa tidak selesa kerana sedar atau tidak hari ke hari badan saya semakin naik dan ia merupakan faktor utama saya sudah tidak dapat lagi menyarung kembali pakaian- pakaian lama saya .

Dan pelbagai masalah kesihatan sedikit demi sedikit datang menyinggah sehingga menimbulkan kesedaran kepada saya , saya perlu lakukan sesuatu . 

Baiklah , adakah anda sedar apakah punca masalah perut buncit terutama kepada kaum wanita ? 

Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan , ia juga menjejaskan penampilan seseorang kerana bentuk tubuh yang tidak seimbang . Menurut kajian dari Harvard Women's Health Watch ada menyebut banyak faktor yang boleh menyebabkan perut seseorang menjadi buncit dan salah satunya adalah penurunan hormon dan peningkatan pengumpulan lemak di perut . 

Makanan segera dan manis juga merupakan punca yg boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemak yang sangat tinggi . Pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mee dan bihun dengan kuantiti yang banyak akan menyebabkan karbohidrat dalam bentuk lemak akan berkumpul di antara organ didalam perut .


Semuanya berpunca dari pola pemakanan kita yang tidak betul dan sihat , bertambah pula kita kurang melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh . Sekiranya kita kurang melakukan aktiviti dengan pengambilan makanan yang tidak seimbang ia akan mengakibatkan semakin meningkat usia semakin membuncitlah perut kita nanti .


Berikut adalah beberapa panduan yang saya sendiri amalkan didalam usaha untuk hilangkan buncit perut dengan diet Herbalife 
  • Minum air 
Memang ramai diantara kita yang sukar untuk minum air masak yang banyak . Ini adalah hakikat yg kita perlu terima bahawa betapa pentingnya minum air masak yang banyak dapat membantu untuk mencairkan sodium yang terletak didalam tubuh badan kita dan seterusnya membantu pengaliran air keluar dari sistem badan . Di dalam diet Herbalife pula air boleh meningkatkan metabolisme didalam badam dan membantu saya merasa kenyang lebih lama .  Ia juga membantu mengeluarkan segala toksin yang berada didalam badan.
  • Kurangkan kandungan garam 
Terlalu banyak garam didalam diet atau makanan yang diambilkan menambahkan sodium didalam badan dan ini akan melambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel seterusnya mengakibatkan perut terasa penuh dan buncit . Jadi pemilihan shake Formula 1 sebagai makanan gantian seharian kita adalah pilihan yang tepat kerana kandungan Formula 1 itu sendiri mengandungi vitamin , protein dan kalsium yang tinggi , rendah kalori , rendah lemak , rendah gula dan rendah garam  .

  • Masalah sembelit 
Sedar atau tidak sembelit juga adalah salah satu punca perut kita menjadi buncit dan membesar dari saiz yang sepatutnya . Saya mengamalkan pengambilan aloevera Herbalife selain mengambil makanan yang mengandungi serat tinggi termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran . Aloevera Herbalife ini berfungsi untuk mencuci usus , membantu penghadaman dan melancarkan pembuangan angin didalam badan seterusnya membantu didalam penyerapan shake Herbalife itu sendiri . 
  • Senaman
Aktiviti senaman ringkas sangat membantu dalam mengerakkan cairan didalam perut untuk keluar melalui peluh dan disalurkan ke hempedu dan di keluarkan sebagai air kencing . Senaman ringkas yang dicadangkan adalah berjogging dan aerobik , tidak lupa juga senaman sit up . 


Sebahagian besar wanita cenderung menyimpan lemak dibawah perut , ini akan menyebabkan lapisan perut semakin meningkat selari dengan peningkatan usia kita . Sehubungan dengan itu , dengan memilih pemakanan sihat , lengkap dan seimbang dengan sedikit aktiviti fizikal akan membantu anda didalam usaha untuk hilangkan buncit perut dengan diet Herbalife ini .

Dengan sukatan dan menu yang betul yang dicadangkan oleh Coach herbalife anda  , saya yakin anda akan dapat meningkatkan kesihatan , berjaya didalam usaha menurunkan berat badan seterusnya mendapat bentuk badan yang lebih menarik . Anda pasti akan berpuas hati !

Mulakan langkah anda sekarang dengan melantik saya menjadi Coach Herbalife dan ketahui cara saya untuk membantu anda mendapat kesan yang anda inginkan . Saya yakin dapat membantu anda .
WHATSAPP 017 973 5306 ]] WECHAT iedaimmi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...